BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 6, 2010

EPISOD PENCARIAN MODEL TUDUNG FAREEDA






Pada mulanya memang tak terdetik pun nak aktif semula dalam bidang model ni, tetapi saya mula terjebak dengan penglibatan peraduan ni selepas menerima tawaran kawan untuk jadikan saya model kedai tudung beliau dan juga atas tujuan perniagaan beliau.

Selang beberapa hari sahabat saya telah mengadakan sesi bergambar untuk tudung-tudung fareeda. Sahabat saya ada juga bertanya, tidak mahu turut serta ke dalam pertandingan ini, memandangkan usia dah mencecah 30 an.. dan saya baru saya mengalami keguguran, saya agak tawar hati untuk menyertai pertandingan itu.

Selesai tugas saya membantu sahabat saya, saya cuba mencari-cari fareeda fan di facebook tetapi tiada yang ada hanyalah nama pemilik iaini Fareeda zakaria, makanya saya mula add beliau, tujuan saya ketika itu hanyalah untuk memudahkan saya membeli tudung secara online dengan mereka.Pembelian secara online lebih murah jika dibandingkan dengan pembelian di butik gulatis.

Bila dah jadi fan, saya suka tag-tag gambar saya pada fareeda di facebook.
Pada suatu hari, fareeda ada memaklumkan kepada saya mereka akan membuka pencarian model tudung di facebook, dan beliau mengalakkan saya menyertai pertandingan tersebut.

Maka bermulalah cerita saya sebagai model tudung fareeda...

untuk part ni saya upload gambar-gambar yang membuatkan fareeda jatuh cinta kut dengan ketembaman saya.. he3...

0 comments: